Bahan ayam goreng:-
1. ayam seekor( ayam nie direbus dahulu..stoknya akan diambil utk membuat nasi dan sup)
2. 6 ulas bawang putih - ditumbuk
3. 1 inci halia - ditumbuk
4. 2 tsp sos tiram
5. 2 tsp kicap manis
6. 1 sudu besar madu
7. garam n gula - secukup rasa
cara-caranya:-
1. masukan kesemua bahan-bahan kedlm ayam. Perap 1jam @ lebih...lg lama lg sedap. Biar bahan2 perapan td masuk ke dalam ayam
2. sesudah perap...goreng ayam tadi..Siapppp..
Nasi Ayam
1. beras ( apa2 brand pun buleh..tp klu beras basmathi lg cantik)
2. stok ayam ( dari air rebusan ayam tadi)
3. 2 ulas bawang putih - ditumbuk
4. sedikit halia - ditumbuk
5. sedikit butter
6. 1 bunga lawang, 1 kayu manis, 1 buah pelaga, n 3 bunga cengkih..
7. garam - secukup rasa
Cara-caranya:-
1. basuh beras sampai bersih- ketepikan
2. masukan sedikit butter..sesudah cair masukan bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, dan bunga cengkih..goreng wangi sedikit..dan masukan bawang dan halia..goreng sampai wangi.
3. masukan beras kedalam bahan tumis tadi.
4. Dan akhir sekali masukan stok ayam kedalam nasi dan letakan sedikit garam....dan buleh lah masak...:))
Sambal Cili:-
1. 6 biji cili merah - di blander
2. 2 ulas bawang putih - di blander
3. sedikit cuka
4. sedikit garam
5. sedikit gula
Caranya:-
Masukan kesemua bahan-bahan sambal..siap..
* kalau nak masak dahulu sambal ini pun boleh..lagi tahan lama..:))
Ini lah hasil nya :- Nasi Ayam Mudah
No comments:
Post a Comment