salam semua......cup cake nie saya buat dah lama...di oder oleh sahabat ku...sempena perkahwinan sepupunya...tema pink n putih....tq akak....:))..
oklah..mai kita syer membuat kek nyo...iaitu kek chocolate moist
Bahan-bahan
1. 180g butter
2. 360g gula custer
3. 3 biji telur (gred A)
4. 1/2 tsp esen vanila
5. 240 tepung kek ( tepung gandum pun ok gak..) *
6. 70g serbuk koko *
7. 1/2 tsp serbuk penaik *
8. 1/2 tsp baking soda *
9. 250g susu cair@susu uht
* yang bertanda (*) diayak bersama2
cara-caranya:-
1. pukul butter dan gula hingga kembang
2. masukan telur dan esen vanila. pukul lg hingga kembang. sampai gebu dan putih adunannya.
3. masukan tepung yg telah diayak tadi berselang seli dengan susu sampai habis..
4. bakar selama 45minit..suhu 180'c..sampai masak lah..:))
Resepi Ganache coklat
1. 250g coklat masakan
2. 150g whipping creams
3. 15g butter
Cara-caranya:-
Didihkan whipping cream sampai mendidih.. kemudian tuangkan kedlm coklat dan masukan butter. kacau hingga cair...sejukan..dan tuang ke atas kek chocolate tadi...
No comments:
Post a Comment